Tuesday 20 November 2012

Kuliah Aswara 14 - Investigasi Seni: Primari – Lapangan Lawatan

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 14 - Investigasi Seni: Primari – Lapangan Lawatan

Kuliah Aswara 13 - Investigasi Seni: Sekondari – Arkib dan Perpustakaan

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 13 - Investigasi Seni: Sekondari – Arkib dan Perpustakaan

Kuliah Aswara 12 - Dialog Sejarah Seni

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 12 - Dialog Sejarah Seni

Kuliah Aswara 11 - Pretonaj Seni

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 11 - Pretonaj Seni

Kuliah Aswara 10 - Pop Art

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 10 - Pop Art

Kuliah Aswara 9 - Pasca Moden

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 9 - Pasca Moden

Kuliah Aswara 8 - Teori Keindahan, Budaya dan Seni Kontemporari

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 8 - Teori Keindahan, Budaya dan Seni Kontemporari

Kuliah Aswara 7 - Dunia Dalaman

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 7 - Dunia Dalaman

Kuliah Aswara 6 - Sejarah Filem

Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 6 - Sejarah Filem

Kuliah Aswara 5 - Sejarah Fotografi


Softcopy can be downloaded from the link below:

Kuliah Aswara 5 - Sejarah Fotografi

Wednesday 22 August 2012

Minggu 1. Pendekatan Sejarah Seni: High Art, Renaissance


Minggu 1.

Pendekatan Sejarah Seni; High Art, Renaissance.

Zaman Renaissance (1200 – 1600 )ialah zaman penuh dengan perkembangan minda orang Eropah.  Mereka tolak andaian dunia ini leper, sebaliknya membina andaian baru bahawa dunia ini bulat.  Sebab itu orang2 perintis barat belayar mencari negara2 asing.  Christopher Columbus pergi ke Amerika.  Alfonso d Alburquerque pergi ke Melaka dan menawannya pada tahun1511.

Semua cabang ilmu berkembang pesat.  Bidang Ilmu sains, sastera, astrology, astronomi, perubatan, mendapat sokongan dari keluarga yang berada seperti Medici, yakni, tuan-punya banyak bank di Florence, menjadi penaung kepada ahli filasuf, yang berusaha menghidupkan kembali bidang falsafah dengan menterjemahkan karya Plato and Aristotle dari bahasa arab ke bahasa Greek, ke bahasa Italia.


Kitab2 Plato yang telah lama hilang dijumpai kembali tersimpan dalam bahasa Arab.  Dari bahasa Arab itulah diterjemahkan kembali ke bahasa Itali sehingga terselamatlah tulisan2 Greek classic itu dari terpupus. Pensejarah seni seperti Giorgio Vasari, yang menulis buku “Lives of the Artists”,  Leon Batista Alberti menulis buku, De Pictura atau “Cara Melukis”, yakni kaedah melukis dengan betul, berdasarkan ajaran Plato bahawa lukisan itu meniru alam, setepat yang mungkin.

Agama katolik juga bertambah kuat. Pihak gereja juga menjadi penaung atau patron of the arts yang terbesar dan terkaya, mengupah seniman seperti Michelangelo untuk mendesain bangunan St. Peter’s di Rome.  Setiap gereja di Italia itu mahukan berbagai jenis lukisan untuk menghiasi gereja, baik berbentuk cat minyak, atau mural yang dipanggil fresco.

Upah yang gereja bayar lumayan sehingga para seniman berlumba2, berkelahi, bermusuh2an untuk mendapatkan kerja melukis itu dari pihak gereja yang turut sama makan suap, bersubahat, dan bermain politik, memilih kasih, dalam menyenaraikan pelukis yang terima bekerja, dan pelukis yang ditolak. 

Arkitek Bernini bermain politik untuk mendapatkan projek membina gereja St. Peter’s yang terbesar di Rome itu, malah yang terbesar di dunia.  Michelangelo dapat projek membuat “medici chapel” di Florence yang menggabungkan semangat keagamaan dan juga semangat sekularisme.

Giotto adalah pelukis Renaissance yang mula2 sekali menggunakan kemangkatan Nabi Isa sebagai tema dalam lukisan muralnya yang bertujuan mendidik orang ramai yang rata2 buta huruf supaya mengetahui selok belok agama Kristian yang tertulis dalam Kitab Injil itu.

Kisah2 Nabi Isa yang berkuasa luarbiasa itu menjadi tema para pelukis seperti Massacio.  Leonardo da Vinci juga mendapat upah untuk melukis tema keagamaan, yakni, “The Last supper”.  yang menjadi tema pelukis2 yang mengharapkan dapat bekerja dengan gereja sebagai pembekal gambar2 seperti berikut:

Giotto, “Lamentation”. 1305-06. Fresco. Arena Chapel, Padua. Italy.

Massacio, “Tribute Money”. 1425. Fresco. Brancacci Chapel. Florence, Italy.

Antonio del Pollaiuolo, “The Martyrdom of Saint Sebastian”, 1475. Tempera on panel. NAG, London.

Matthias Grunewald, “Crucifixion”, 1510-1511.

Albrecht Durer, “Four Horsemen of the Apocalypse”. 1598. Woodcut.

Michelangelo, “Creation of Adam” Sistine Ceiling. Vatican. 1511. Fresco.

Leonardo da Vinci, “The Last Supper” 1495-98. Oil, tempera on plaster.

Raphael, “Transfiguration”, 1517. Ooc. 13 x9 feet.  Pinacoteca, Italy.

Bernini, “Saint Peter’s” Rome.  1656.













Minggu 3. Pendekatan Falsafah Seni: Estetika Dalam Seni



Minggu 3.


Pendekatan Falsafah Seni: Estetika Dalam Seni


Estetika itu apa?

Estetika ialah bidang Falsafah yang mengkaji tentang keindahan karya seni, baik catan, senibina, teater, tari, puisi, malah apa saja yang dibuat oleh tangan manusia secara berhemah, terancang, dengan tujuan untuk memberi kepuasan kepada kelima-lima panca indera kita: pandang, bau, dengar, sentuh, rasa.


Estetik ialah perasaan selesa yang kita panggil indah, setelah kita memandang sejumlah warna dan bentuk, baik dari alam semula jadi mahu pun dari alam hasil karya manusia.  Pemerhati yang merasa puas melihat sebuah gunung atau sekeping lukisan atau seungkap lagu itu kerapkali cuba memahami perasaan tersebut dengan bertanya kenapa?  Why?

Inilah induk kepada seluruh persoalan mengenai keindahan itu.  Untuk mendapat jawapan, pemerhati bertanya diri sendiri, mengenai deria2nya yang meresapi perasaan tersebut.  Deria yang utama ialah pandang, atau visual. Syaratnya ialah mesti ada objek khas untuk dipandang dan dinilai. 

Kita ambil contoh sebuah catan.  Pertama, kita perhatikan warna2nya, malah kita kira jumlah warna2 yang pelukis pakai: merah, biru, kuning, putih, hijau, unggu. Kedua, kita perhatikan gambar apa yang pelukis lukis: orang atau rumah atau binatang atau pemandangan.  Ketiga, kita agak apa yang pelukis hendak nyatakan kepada kita.

Bila kita melakukan ketiga2 perkara ini maka kita sudah bertindak balas dengan catan itu.  Kita adalah pemerhati yang aktif, yang bertanya dan menyoal, tanpa jaminan adanya jawapan.  Malah, bila kita bertanya pelukis itu sendiri, apa cerita yang hendak dia sampaikan dan memberi penerangan maka itu adalah yang setengah.  Setengah yang lain itu, kita bekalkan kepada diri kita. 

Satu lagi contoh:  Sebuah rumah yang terletak di tebing sebuah sungai, umpamanya, menuntut syarat tambahan untuk membantu menghargainya sebagai sebuah karya seni.  Pemerhati mesti berada di lokasi yang betul, dengan jarak yang sesuai yang memungkinkan rumah itu dipandang secara menyeluruh.  The best possible view. 

The worse possible view ialah bila kita tidak dapat melihat rumah itu secara menyeluruh disebabkan bangunan2 lain di sebelah, atau tembok yang menghalang.

Setiap rumah mempunyai dua lokasi untuk kita nilai dia. Lokasi yang menandakan rumah itu cantik yang kita pandang dari the best possible view.  Lokasi yang menandakan rumah itu hodoh, yang kita pandang dari the worse possible view.

Bila catan kita nilai berdasarkan warna, imej, dan mesej maka kita mengamalkan pendekatan formalisme.  Formalisme ialah fahaman bahawa karya seni itu lengkap sebagai karya seni bila kita rungkai warna, imej dan mesejnya.  Kita pandang apa yang ada di permukaan catan: study what is on the surface of the canvas.
Bila kita kaji bangunan berdasarkan bentuk, saiz, warna, bahan, dan pembahagian tingkap2 dan pintu2 maka kita mengamalkan pendekatan yang formalis.  Kita melihat apa yang ada di surface banguan itu.  Umpamanya, kita pandang Petronas Twin Towers dari lokasi yang memberi the best possible view.  Dari mana sekali pun, kita biasanya dapat the best possible view sebab PTT itu tinggi.

Bila menilai seni, kita biasanya memakai kedua2 pendekatan: Formalisme dan Non-Formalisme, supaya karya seni atau bangunan yang kita nilai itu mendapat huraian yang penuh dan lengkap.


Sebuah bangunan yang cantik mesti sesuai dengan fungsi yang direncanakan untuknya.  Bilik dapur, umpamanya, adalah untuk aktiviti memasak; bukan untuk bermain badminton. Sebuah muzium adalah tempat menyimpan karya2 lukisan yang dipamerkan.  Fungsinya itu mesti berjalan dengan selesa, memuaskan selera

Pelawat boleh berintekaksi dengan karya seni yang sedang dipamerkan itu tanpa merosakkan suasana yang ada.  Idea yang dipegang arkitek ialah form follows function; bentuk ikut fungsi.  Ini bererti ruang pameran di dalam bangunan itu mestilah luas, dan mengalir, tidak selalu tersekat oleh dinding atau tangga.


Funginya itu mesti berjalan dengan selesa, memuaskan selera.  Pelawat boleh berintekaksi dengan karya seni yang sedang dipamerkan itu tanpa merosakkan suasana yang ada.

Idea yang dipegang arkitek ialah form follows function; bentuk ikut fungsi.  Ini bererti ruang pameran di dalam bangunan itu mestilah luas, dan mengalir, tidak tersekat oleh dinding atau tangga.

Estetik juga mengambil kira tentang keutuhan bahan, yakni, mengekalkan sesuatu bahan itu, seperti batu-bata, terdedah dan tidak diplaster.  Ertinya jika warna kulit sesuatu bangunan itu merah tua, yang semakin cantik bila usianya meningkat.  Warna merah tua itu dikepung dengan garis melintang yang panjang yang berisi simen.  Dan simen itu pula tidak dicat, mengekalkan warna kelabu kesimenan.


Dalam catan pula fenomina estetik itu juga berlaku bila terjadinya kontas warna, yakni, gelap berlaga dengan terang, putih dengan hitam.  Lagaan ini menerbitkan pula warna complimentary, atau warna penggenap.  Tugas warna penggenap mendapatkan kontras atau perbezaan yang paling ketara, umpamanya antara hijau muda dan merah tua. 


Jika merah dan hijau dicampurkan maka terhasillah warna coklat yang neutral atau luntur.   Dalam estetik ada istilah warna panas dan warna sejuk, atau suhu warna.  Dari warna merah yang panas ke warna biru yang sejuk boleh terjadi taburan warna, kesan warna (effect), warna harmoni, keamatan (intensity) warna, skema warna. 

Gabungan warna2 tersebut itulah yang dapat dihayati oleh mata pemerhati yang celik visual.  Pemerhati yang buta visual tidak dapat melihat perbezaan2 warna yang halus ini; dia nampak hanya kelabu walaupun taburan warna itu ada kelompok merah dan kelompok putih.

Ada pelukis bermain dengan hanya satu warna seperti hijau bila dia melukis adegan dalam hutan yang penuh dengan dedaun.  Dia mengadun warna supaya hijaunya itu berbeza dari satu kelompok ke kelompok yang lain.

Dengan adanya taburan warna yang luas itu maka terhindar dari persembahan warna yang hampir2 sama yang tidak menarik, berbanding dengan taburan warna yang berkontras yang lebih menarik.


Estetik juga mengambira kira sesuatu bentuk itu sebagai bentuk, seperti sebuah mangkok.  Jika ia berhias maka cantiklah ia; jika tidak berhias kurang cantik.  Tetapi yang menentukan sesuatu bentuk itu bernilai atau tidak bergantung kepada fungsinya, yakni, sebagai satu bekas untuk bahan makanan atau minuman.


Aristotle (384 -322 B.C)  menunjangkan empat prinsip estetikanya. 1. Prinsip pertama bernama Mimesis, yakni, meniru atau imitasi, baik dalam catan,  puisi, lakonan, atau muzik. Untuk lukisan: warna dan bentuk untuk merakam keserupaan.

Prinsip kedua bernama action/aksi badan untuk melakonkan watak yang baik, atau watak yang jahat, baik dalam teater tragedi di mana hero atau heroin mati, atau teater komedi di mana watak lawak mendapat peranan utama secara kebetulan.

Prinsip ketiga ialah adanya jalinan naratif, urutan yang bercerita dengan adegan permulaan, adegan pertengahan dan adegan terakhir. Setiap persembahan mesti mempunyai plot, watak baik dan watak jahat, suasana pertarungan, buah2 fikiran yang tersusun, suara mencerminkan watak.

Prinsip keempat diberi nama catharsis, yakni, pemerhati atau penonton mengalami perasaan puas dan lega bila selesai menonton sebuah teater, atau menikmati sebuah catan.  Catan itu boleh yang realistik, atau yang abstrak.


Untuk mendapatkan catharsis itu, Aristotle menyenaraikan 6 ciri: (a). balance/ keseimbangan (b) naturalness/kesambilan (c) functional/kegunaan (d) centrality /kepemusatan (e) sequence/ kesinambungan (f) orderliness/ketertiban/kesusunan.

Frank Lloyd Wright, “Kaufmann’s House”, 1939.


F.L. Wright, “Guggenheim Museum”, 1956.


Interior of the above

Johan Marjonid, “Preservation Series”, 1995. Acrylic. 121 x 183 cm

“Bowl” made by Ibn al-Zain. H:10.3cm 1290

Hokusai, “36 Views of Mount Fuji”, Colored woodcut, 1830

Abdul Latiff Mohidin, “Pemandangan 111”, 1966. OOC, 79 x 130 cm



Tugasan:  Sila baca hlm 1 – 18, “Poetika” oleh Aristotle dalam buku Teori-teori Seni: Bacaan Pilihan.

Tulis ringkasan bacaan sepanjang 2 muka surat, dan hantar minggu hadapan. 





















Minggu 4. Pengenalan Seni Kontemporari


Minggu 4

Pengenalan Seni Kontemporari


  1. Definisi:  Kontemporari ialah istilah Inggeris contemporary, yang bererti masakini, zaman sekarang, mutakhir.  Dari segi jangka masa, kita panjangkan pengertian itu supaya menjangkau dua puluh lima tahun.  Ertinya karya seni yang dicipta pada tahun ini, bulan ini, hari ini, dan juga karya seni yang dicipta sepanjang 25 tahun kebelakangan ini.
  2. Dunia Barat dan dunia Timur mempunyai pengertian kontemporari yang berbeza disebabkan oleh pengalaman sejarah yang berlainan.  Dunia Barat mencatitkan pengalaman sejarah itu berdasarkan perubahan2 yang sememangnya berlaku sebelum itu. 
  3. Contoh: sejarah seni Barat boleh dikategorikan period-period yang berurutan, dari zaman Renaissance (1300 – 1600); zaman Baroque dan Rococo (1600 – 1750); Neo Classicism/ Neo-Klasik dan Romanticism/ Romantisme (1750 – 1850 ); 
  4. Modern Art atau Zaman Modenisme bermula dengan gerakan bernama Realism / Realisme (1850 – sampai sekarang);  Impressionism / Impresionisme (1875 – sampai sekarang), dan Post-Impressionism / Pasca Impresionisme (1880 sampai sekarang); Cubism/ Kubisme ( 1907 sampai sekarang ), Fauvism / Fauvisme (1905 – 1907 ); Futurisme/ Futurism ( 1909 – 1916); Dada / Dadaisme ( 1916 – 1921 );  German Expressionism / Ekspresionisme Jerman ( 1910 – 1930 ).
  5. Late Modernism atau Zaman Modenisme Lewat menyambung tradisi modernisme itu dengan gerakan American Abstract Expressionism  / Ekspresionisme Amerika Abstrak/ The New York School ( 1940 – sampai sekarang ); Pop Art ( 1960 sampai sekarang ); Minimalism/ Minimalisme ( 1980 – 1970 ); Conceptual Art / Seni Konsepsual (1960 sampai sekarang ); Photorealism / Fotorealisme ( 1970 sampai sekarang )
  6. Bila kita kaji seni kontemporari, kita tanya tiga soalan:  1. Bila karya itu dibuat?  2. Apa bahan yang dipakai?  3. Karya mana yang mempengaruhi karya kita itu? Jawapan kepada tiga soalan itu boleh membantu kita menilai sama ada karya bertaraf kontemporari atau tidak. 
  7. Ciri-ciri karya kontemporari. 1. Karya itu lain dari yang lain.  2. Bahan diolah mengikut secara tersendiri. 3. Karya gabungan multi-media: arca, catan, musik, performance, dalam komposisi tanpa struktur.  4. Karya merujuk kepada isu semasa dan setempat.  5.  Karya menolak kaitan antara seni dan keindahan.  6.  Karya bermain dengan paradoks dan ironi. 

Minggu 2. Pendekatan Sejarah Seni: "Low Life"


Minggu 2.

Pendekatan Sejarah Seni: “Low Life”.


Takrifan “Low Life”.

1.     Seni Low Life adalah hasil karya yang mencerminkan orang-orang yang susah.  Mereka menduduki peringkat bawah dalam hiraki masyarakat Eropah, terdiri daripada buruh, penganggur, pelacur, pencuri, penyangak, penyamun, penipu, malah sesiapa saja yang dicurigai, dijauhi, ditakuti, dipandang rendah, dihina, dipinggirkan.
2.     Sebagai tema seni, gulongan ini mendapat perhatian pada permulaan abad ke 19 (1800 – 1899). Ketika itu ekonomi Eropah mula berkembang maju sebab banyaknya bahan mentah murah yang dibawa masuk dari tanah-tanah jajahannya di Asia, Timur Tengah, dan Afrika (Itali memiliki Libya; Perancis memiliki Vietnam; Inggeris memiliki Tanah Melayu; Belanda memiliki Indonesia, Espaniol memiliki Filipina).  Bahan2 mentah itulah menjadi pengisi kepada revolusi industri di Eropah sejak tahun 1850.  Bahan2 itu diproses di dalam kilang menjadi produk seperti besi keluli, kaca, kertas, perabot, ubat-ubatan, senjata, jentera, dll dan diexpot ke negara2 jajahan.  Penjajahan menjamin kemewahan Eropah. 
3.     Masyarakat Eropah yang sememangnya terbelah bagi oleh kelas atasan dan kelas menengah dan kelas bawahan menjadi lebih pincang bila terjadinya perselisihan antara tuan milik kilang dan pekerja2 di kilang tersebut, atas soal gaji dan kemudahan2 lain.  Tidak ada undang2 yang melindungi pekerja kanak2, atau pekerja2 sakit atau uzur.  Kerahan tenaga pekerja ini dipanggil ekspoitasi: yakni, penindasan ke atas pekerja yang ditipu.
4.     Pada pertengahan abad ke 19 itulah timbulnya gerakan seni yang bernama Naturalisme atau Realisme.   Kedua-dua istillah ini maknanya sama, tindih menindih, tertumpu kepada figura manusia.  Maknanya ialah penggambaran keadaan orang-orang di sekitar pelukis yang merakamkan tingkah laku mereka seperti adanya: kotor, busuk, hodoh, menjijikkan.  Fahaman Naturalisme dan Realisme ini berterusan hingga k abad ke 20, malah sampai ke abad ke 21.  Dalam ilmu politik, mereka tergolong ke dalam kelas Proletarian.
5.     Seni Low Life berbeza dari seni High Life.  High Life mencerminkan kehidupan masyarakat atasan yang kaya dan mewah sehingga mereka dilukis seolah-olah tidak pernah bekerja: muka2 licin, jari2 halus, gemuk2, malas2, berfoya-foya, lembek.  Dalam ilmu politik, mereka tergolong ke dalam kelas Bourgeois (sebut: bushwa). 
6.      Pelukis2 yang melukis halbenda High Life:  Jacque-Louis David ( sebut: Jark Lui David) (1748-1825), Jean-Auguste Ingres ( sebut: Jo’ Ogusti Ingre (1781-1867).  Stail lukisan mereka dikategorikan sebagai Neo-Klasik, atau klasik baru.  Bezanya dengan stail klasik lama, yakni, lukisan2 Renaissance, ialah klasik baru menolak tema agama dan memilih tema sekular atau hidup harian.
7.     Pelukis2 yang melukis halbenda Low Life:  Jean Francois Millet (sebut: Jo’ Fransuwa Mi-le (1814-1875), Honore Daumier (sebut: Onore Do-mia) (1808-1879), Gustave Courbet (sebut: Gustaf Kurbe) 1819 – 1877), Edourd Manet (sebut: Edwar Mane) (1832 – 1883), Claude Monet (sebut: Klod Mone) (1840 – 1926), Auguste Renoir (sebut: Ogusti Renuwar) (1841 – 1919),  Kathy Kollwitz (sebut: Kati Kolwits ) (1867-1945), Andrew Wyeth (1917 – 2007)
8.     Bahan2 yang mereka pakai:  cat minyak, etching atau gurisan, yakni hasil cetak melalui proses menuris kepingan logam, disapu dakwat, dan dicetak.

Monday 20 August 2012

Ordinary Day


1 July 2012 – Sunday

1.     With the house packed, I skipped the morning walk.  Even in our room I could hardly move because Jejen spread his blanket on the floor.
2.     As soon as the guests left at noon, I released the rooster, which rattled with indignation, emerged from the cage, hit the railing, flipped around and then flew above the orange tree in silence, on and on beneath the bomboo groves, across the creek, and disappeared: a beautiful flight of freedom.  
3.     Down to the studio instead and work on the frames of the 2 paintings to be sent to Penang, to participate in a show at Chee Ling’s gallery. An excellent opportunity for me to get dirty with paints again.  Found just enough wooden strips to measure, cut, nail, and paint (black) to the stretchers of 3 works: “The Paper Boats of Temptation”, “The Blue Papaya” and “Meat Seller”. Framed, they look professional.  Temptation and Papaya packed into Jejen’s car.  He left at 4.
4.     Using acrylic (thalo green plus ivory black) for the frames, I mixed a little too much, which prompted me to a series of studies of the “Meat Seller” on paper.
5.     I finally garner enough courage to admit that now there is closure to the death of Tosay.  I sketched him, again and again.  Then I pulled a small canvas out and started an oil portrait of him.  When Tosay appeared in the “The Paper Boats of Temptation” he was alive. 
Because of the smell (turpentine), I glazed the “Couple” outside on the table in the workshop. The stillness of the night conferred a dignity to this labor.