Wednesday, 22 August 2012

Minggu 3. Pendekatan Falsafah Seni: Estetika Dalam Seni



Minggu 3.


Pendekatan Falsafah Seni: Estetika Dalam Seni


Estetika itu apa?

Estetika ialah bidang Falsafah yang mengkaji tentang keindahan karya seni, baik catan, senibina, teater, tari, puisi, malah apa saja yang dibuat oleh tangan manusia secara berhemah, terancang, dengan tujuan untuk memberi kepuasan kepada kelima-lima panca indera kita: pandang, bau, dengar, sentuh, rasa.


Estetik ialah perasaan selesa yang kita panggil indah, setelah kita memandang sejumlah warna dan bentuk, baik dari alam semula jadi mahu pun dari alam hasil karya manusia.  Pemerhati yang merasa puas melihat sebuah gunung atau sekeping lukisan atau seungkap lagu itu kerapkali cuba memahami perasaan tersebut dengan bertanya kenapa?  Why?

Inilah induk kepada seluruh persoalan mengenai keindahan itu.  Untuk mendapat jawapan, pemerhati bertanya diri sendiri, mengenai deria2nya yang meresapi perasaan tersebut.  Deria yang utama ialah pandang, atau visual. Syaratnya ialah mesti ada objek khas untuk dipandang dan dinilai. 

Kita ambil contoh sebuah catan.  Pertama, kita perhatikan warna2nya, malah kita kira jumlah warna2 yang pelukis pakai: merah, biru, kuning, putih, hijau, unggu. Kedua, kita perhatikan gambar apa yang pelukis lukis: orang atau rumah atau binatang atau pemandangan.  Ketiga, kita agak apa yang pelukis hendak nyatakan kepada kita.

Bila kita melakukan ketiga2 perkara ini maka kita sudah bertindak balas dengan catan itu.  Kita adalah pemerhati yang aktif, yang bertanya dan menyoal, tanpa jaminan adanya jawapan.  Malah, bila kita bertanya pelukis itu sendiri, apa cerita yang hendak dia sampaikan dan memberi penerangan maka itu adalah yang setengah.  Setengah yang lain itu, kita bekalkan kepada diri kita. 

Satu lagi contoh:  Sebuah rumah yang terletak di tebing sebuah sungai, umpamanya, menuntut syarat tambahan untuk membantu menghargainya sebagai sebuah karya seni.  Pemerhati mesti berada di lokasi yang betul, dengan jarak yang sesuai yang memungkinkan rumah itu dipandang secara menyeluruh.  The best possible view. 

The worse possible view ialah bila kita tidak dapat melihat rumah itu secara menyeluruh disebabkan bangunan2 lain di sebelah, atau tembok yang menghalang.

Setiap rumah mempunyai dua lokasi untuk kita nilai dia. Lokasi yang menandakan rumah itu cantik yang kita pandang dari the best possible view.  Lokasi yang menandakan rumah itu hodoh, yang kita pandang dari the worse possible view.

Bila catan kita nilai berdasarkan warna, imej, dan mesej maka kita mengamalkan pendekatan formalisme.  Formalisme ialah fahaman bahawa karya seni itu lengkap sebagai karya seni bila kita rungkai warna, imej dan mesejnya.  Kita pandang apa yang ada di permukaan catan: study what is on the surface of the canvas.
Bila kita kaji bangunan berdasarkan bentuk, saiz, warna, bahan, dan pembahagian tingkap2 dan pintu2 maka kita mengamalkan pendekatan yang formalis.  Kita melihat apa yang ada di surface banguan itu.  Umpamanya, kita pandang Petronas Twin Towers dari lokasi yang memberi the best possible view.  Dari mana sekali pun, kita biasanya dapat the best possible view sebab PTT itu tinggi.

Bila menilai seni, kita biasanya memakai kedua2 pendekatan: Formalisme dan Non-Formalisme, supaya karya seni atau bangunan yang kita nilai itu mendapat huraian yang penuh dan lengkap.


Sebuah bangunan yang cantik mesti sesuai dengan fungsi yang direncanakan untuknya.  Bilik dapur, umpamanya, adalah untuk aktiviti memasak; bukan untuk bermain badminton. Sebuah muzium adalah tempat menyimpan karya2 lukisan yang dipamerkan.  Fungsinya itu mesti berjalan dengan selesa, memuaskan selera

Pelawat boleh berintekaksi dengan karya seni yang sedang dipamerkan itu tanpa merosakkan suasana yang ada.  Idea yang dipegang arkitek ialah form follows function; bentuk ikut fungsi.  Ini bererti ruang pameran di dalam bangunan itu mestilah luas, dan mengalir, tidak selalu tersekat oleh dinding atau tangga.


Funginya itu mesti berjalan dengan selesa, memuaskan selera.  Pelawat boleh berintekaksi dengan karya seni yang sedang dipamerkan itu tanpa merosakkan suasana yang ada.

Idea yang dipegang arkitek ialah form follows function; bentuk ikut fungsi.  Ini bererti ruang pameran di dalam bangunan itu mestilah luas, dan mengalir, tidak tersekat oleh dinding atau tangga.

Estetik juga mengambil kira tentang keutuhan bahan, yakni, mengekalkan sesuatu bahan itu, seperti batu-bata, terdedah dan tidak diplaster.  Ertinya jika warna kulit sesuatu bangunan itu merah tua, yang semakin cantik bila usianya meningkat.  Warna merah tua itu dikepung dengan garis melintang yang panjang yang berisi simen.  Dan simen itu pula tidak dicat, mengekalkan warna kelabu kesimenan.


Dalam catan pula fenomina estetik itu juga berlaku bila terjadinya kontas warna, yakni, gelap berlaga dengan terang, putih dengan hitam.  Lagaan ini menerbitkan pula warna complimentary, atau warna penggenap.  Tugas warna penggenap mendapatkan kontras atau perbezaan yang paling ketara, umpamanya antara hijau muda dan merah tua. 


Jika merah dan hijau dicampurkan maka terhasillah warna coklat yang neutral atau luntur.   Dalam estetik ada istilah warna panas dan warna sejuk, atau suhu warna.  Dari warna merah yang panas ke warna biru yang sejuk boleh terjadi taburan warna, kesan warna (effect), warna harmoni, keamatan (intensity) warna, skema warna. 

Gabungan warna2 tersebut itulah yang dapat dihayati oleh mata pemerhati yang celik visual.  Pemerhati yang buta visual tidak dapat melihat perbezaan2 warna yang halus ini; dia nampak hanya kelabu walaupun taburan warna itu ada kelompok merah dan kelompok putih.

Ada pelukis bermain dengan hanya satu warna seperti hijau bila dia melukis adegan dalam hutan yang penuh dengan dedaun.  Dia mengadun warna supaya hijaunya itu berbeza dari satu kelompok ke kelompok yang lain.

Dengan adanya taburan warna yang luas itu maka terhindar dari persembahan warna yang hampir2 sama yang tidak menarik, berbanding dengan taburan warna yang berkontras yang lebih menarik.


Estetik juga mengambira kira sesuatu bentuk itu sebagai bentuk, seperti sebuah mangkok.  Jika ia berhias maka cantiklah ia; jika tidak berhias kurang cantik.  Tetapi yang menentukan sesuatu bentuk itu bernilai atau tidak bergantung kepada fungsinya, yakni, sebagai satu bekas untuk bahan makanan atau minuman.


Aristotle (384 -322 B.C)  menunjangkan empat prinsip estetikanya. 1. Prinsip pertama bernama Mimesis, yakni, meniru atau imitasi, baik dalam catan,  puisi, lakonan, atau muzik. Untuk lukisan: warna dan bentuk untuk merakam keserupaan.

Prinsip kedua bernama action/aksi badan untuk melakonkan watak yang baik, atau watak yang jahat, baik dalam teater tragedi di mana hero atau heroin mati, atau teater komedi di mana watak lawak mendapat peranan utama secara kebetulan.

Prinsip ketiga ialah adanya jalinan naratif, urutan yang bercerita dengan adegan permulaan, adegan pertengahan dan adegan terakhir. Setiap persembahan mesti mempunyai plot, watak baik dan watak jahat, suasana pertarungan, buah2 fikiran yang tersusun, suara mencerminkan watak.

Prinsip keempat diberi nama catharsis, yakni, pemerhati atau penonton mengalami perasaan puas dan lega bila selesai menonton sebuah teater, atau menikmati sebuah catan.  Catan itu boleh yang realistik, atau yang abstrak.


Untuk mendapatkan catharsis itu, Aristotle menyenaraikan 6 ciri: (a). balance/ keseimbangan (b) naturalness/kesambilan (c) functional/kegunaan (d) centrality /kepemusatan (e) sequence/ kesinambungan (f) orderliness/ketertiban/kesusunan.

Frank Lloyd Wright, “Kaufmann’s House”, 1939.


F.L. Wright, “Guggenheim Museum”, 1956.


Interior of the above

Johan Marjonid, “Preservation Series”, 1995. Acrylic. 121 x 183 cm

“Bowl” made by Ibn al-Zain. H:10.3cm 1290

Hokusai, “36 Views of Mount Fuji”, Colored woodcut, 1830

Abdul Latiff Mohidin, “Pemandangan 111”, 1966. OOC, 79 x 130 cm



Tugasan:  Sila baca hlm 1 – 18, “Poetika” oleh Aristotle dalam buku Teori-teori Seni: Bacaan Pilihan.

Tulis ringkasan bacaan sepanjang 2 muka surat, dan hantar minggu hadapan. 





















No comments:

Post a Comment