Wednesday, 22 August 2012

Minggu 1. Pendekatan Sejarah Seni: High Art, Renaissance


Minggu 1.

Pendekatan Sejarah Seni; High Art, Renaissance.

Zaman Renaissance (1200 – 1600 )ialah zaman penuh dengan perkembangan minda orang Eropah.  Mereka tolak andaian dunia ini leper, sebaliknya membina andaian baru bahawa dunia ini bulat.  Sebab itu orang2 perintis barat belayar mencari negara2 asing.  Christopher Columbus pergi ke Amerika.  Alfonso d Alburquerque pergi ke Melaka dan menawannya pada tahun1511.

Semua cabang ilmu berkembang pesat.  Bidang Ilmu sains, sastera, astrology, astronomi, perubatan, mendapat sokongan dari keluarga yang berada seperti Medici, yakni, tuan-punya banyak bank di Florence, menjadi penaung kepada ahli filasuf, yang berusaha menghidupkan kembali bidang falsafah dengan menterjemahkan karya Plato and Aristotle dari bahasa arab ke bahasa Greek, ke bahasa Italia.


Kitab2 Plato yang telah lama hilang dijumpai kembali tersimpan dalam bahasa Arab.  Dari bahasa Arab itulah diterjemahkan kembali ke bahasa Itali sehingga terselamatlah tulisan2 Greek classic itu dari terpupus. Pensejarah seni seperti Giorgio Vasari, yang menulis buku “Lives of the Artists”,  Leon Batista Alberti menulis buku, De Pictura atau “Cara Melukis”, yakni kaedah melukis dengan betul, berdasarkan ajaran Plato bahawa lukisan itu meniru alam, setepat yang mungkin.

Agama katolik juga bertambah kuat. Pihak gereja juga menjadi penaung atau patron of the arts yang terbesar dan terkaya, mengupah seniman seperti Michelangelo untuk mendesain bangunan St. Peter’s di Rome.  Setiap gereja di Italia itu mahukan berbagai jenis lukisan untuk menghiasi gereja, baik berbentuk cat minyak, atau mural yang dipanggil fresco.

Upah yang gereja bayar lumayan sehingga para seniman berlumba2, berkelahi, bermusuh2an untuk mendapatkan kerja melukis itu dari pihak gereja yang turut sama makan suap, bersubahat, dan bermain politik, memilih kasih, dalam menyenaraikan pelukis yang terima bekerja, dan pelukis yang ditolak. 

Arkitek Bernini bermain politik untuk mendapatkan projek membina gereja St. Peter’s yang terbesar di Rome itu, malah yang terbesar di dunia.  Michelangelo dapat projek membuat “medici chapel” di Florence yang menggabungkan semangat keagamaan dan juga semangat sekularisme.

Giotto adalah pelukis Renaissance yang mula2 sekali menggunakan kemangkatan Nabi Isa sebagai tema dalam lukisan muralnya yang bertujuan mendidik orang ramai yang rata2 buta huruf supaya mengetahui selok belok agama Kristian yang tertulis dalam Kitab Injil itu.

Kisah2 Nabi Isa yang berkuasa luarbiasa itu menjadi tema para pelukis seperti Massacio.  Leonardo da Vinci juga mendapat upah untuk melukis tema keagamaan, yakni, “The Last supper”.  yang menjadi tema pelukis2 yang mengharapkan dapat bekerja dengan gereja sebagai pembekal gambar2 seperti berikut:

Giotto, “Lamentation”. 1305-06. Fresco. Arena Chapel, Padua. Italy.

Massacio, “Tribute Money”. 1425. Fresco. Brancacci Chapel. Florence, Italy.

Antonio del Pollaiuolo, “The Martyrdom of Saint Sebastian”, 1475. Tempera on panel. NAG, London.

Matthias Grunewald, “Crucifixion”, 1510-1511.

Albrecht Durer, “Four Horsemen of the Apocalypse”. 1598. Woodcut.

Michelangelo, “Creation of Adam” Sistine Ceiling. Vatican. 1511. Fresco.

Leonardo da Vinci, “The Last Supper” 1495-98. Oil, tempera on plaster.

Raphael, “Transfiguration”, 1517. Ooc. 13 x9 feet.  Pinacoteca, Italy.

Bernini, “Saint Peter’s” Rome.  1656.













No comments:

Post a Comment