Softcopy can be downloaded from the link below:
Kuliah 2 Pendekatan Sejarah Seni 'Low Life'
Friday, 24 August 2012
Wednesday, 22 August 2012
Minggu 1. Pendekatan Sejarah Seni: High Art, Renaissance
Minggu 1.
Pendekatan Sejarah Seni; High Art, Renaissance.
Zaman Renaissance (1200 – 1600 )ialah zaman penuh dengan
perkembangan minda orang Eropah. Mereka
tolak andaian dunia ini leper, sebaliknya membina andaian baru bahawa dunia ini
bulat. Sebab itu orang2 perintis barat
belayar mencari negara2 asing.
Christopher Columbus pergi ke Amerika.
Alfonso d Alburquerque pergi ke Melaka dan menawannya pada tahun1511.
Semua cabang ilmu berkembang pesat. Bidang Ilmu sains, sastera, astrology,
astronomi, perubatan, mendapat sokongan dari keluarga yang berada seperti
Medici, yakni, tuan-punya banyak bank di Florence, menjadi penaung kepada ahli
filasuf, yang berusaha menghidupkan kembali bidang falsafah dengan
menterjemahkan karya Plato and Aristotle dari bahasa arab ke bahasa Greek, ke
bahasa Italia.
Kitab2 Plato yang telah lama hilang dijumpai kembali
tersimpan dalam bahasa Arab. Dari bahasa
Arab itulah diterjemahkan kembali ke bahasa Itali sehingga terselamatlah
tulisan2 Greek classic itu dari terpupus. Pensejarah seni seperti Giorgio
Vasari, yang menulis buku “Lives of the Artists”, Leon Batista Alberti menulis buku, De
Pictura atau “Cara Melukis”, yakni kaedah melukis dengan betul,
berdasarkan ajaran Plato bahawa lukisan itu meniru alam, setepat yang mungkin.
Agama katolik juga bertambah kuat. Pihak gereja juga menjadi
penaung atau patron of the arts yang terbesar dan terkaya, mengupah seniman
seperti Michelangelo untuk mendesain bangunan St. Peter’s di Rome. Setiap gereja di Italia itu mahukan berbagai
jenis lukisan untuk menghiasi gereja, baik berbentuk cat minyak, atau mural
yang dipanggil fresco.
Upah yang gereja bayar lumayan sehingga para seniman
berlumba2, berkelahi, bermusuh2an untuk mendapatkan kerja melukis itu dari
pihak gereja yang turut sama makan suap, bersubahat, dan bermain politik,
memilih kasih, dalam menyenaraikan pelukis yang terima bekerja, dan pelukis
yang ditolak.
Arkitek Bernini bermain politik untuk mendapatkan projek
membina gereja St. Peter’s yang terbesar di Rome itu, malah yang terbesar di
dunia. Michelangelo dapat projek membuat
“medici chapel” di Florence yang menggabungkan semangat keagamaan dan juga
semangat sekularisme.
Giotto adalah pelukis Renaissance yang mula2 sekali
menggunakan kemangkatan Nabi Isa sebagai tema dalam lukisan muralnya yang
bertujuan mendidik orang ramai yang rata2 buta huruf supaya mengetahui selok
belok agama Kristian yang tertulis dalam Kitab Injil itu.
Kisah2 Nabi Isa yang berkuasa luarbiasa itu menjadi tema
para pelukis seperti Massacio. Leonardo
da Vinci juga mendapat upah untuk melukis tema keagamaan, yakni, “The Last
supper”. yang menjadi tema pelukis2 yang
mengharapkan dapat bekerja dengan gereja sebagai pembekal gambar2 seperti
berikut:
Giotto, “Lamentation”. 1305-06. Fresco. Arena Chapel, Padua. Italy.
Massacio, “Tribute Money”. 1425. Fresco. Brancacci Chapel. Florence, Italy.
Antonio del Pollaiuolo, “The Martyrdom of Saint Sebastian”,
1475. Tempera on panel. NAG, London.
Matthias Grunewald, “Crucifixion”, 1510-1511.
Albrecht Durer, “Four Horsemen of the Apocalypse”. 1598.
Woodcut.
Michelangelo, “Creation of Adam” Sistine Ceiling. Vatican. 1511.
Fresco.
Leonardo da Vinci, “The Last Supper” 1495-98. Oil, tempera
on plaster.
Raphael, “Transfiguration”, 1517. Ooc. 13 x9 feet. Pinacoteca,
Italy.
Bernini, “Saint Peter’s” Rome.
1656.
Minggu 3. Pendekatan Falsafah Seni: Estetika Dalam Seni
Minggu 3.
Pendekatan Falsafah Seni: Estetika Dalam Seni
Estetika itu apa?
Estetika ialah bidang Falsafah yang mengkaji tentang
keindahan karya seni, baik catan, senibina, teater, tari, puisi, malah apa saja
yang dibuat oleh tangan manusia secara berhemah, terancang, dengan tujuan untuk
memberi kepuasan kepada kelima-lima panca indera kita: pandang, bau, dengar,
sentuh, rasa.
Estetik ialah perasaan selesa yang kita panggil indah,
setelah kita memandang sejumlah warna dan bentuk, baik dari alam semula jadi
mahu pun dari alam hasil karya manusia.
Pemerhati yang merasa puas melihat sebuah gunung atau sekeping lukisan
atau seungkap lagu itu kerapkali cuba memahami perasaan tersebut
dengan bertanya kenapa? Why?
Inilah induk kepada seluruh persoalan mengenai keindahan
itu. Untuk mendapat jawapan, pemerhati
bertanya diri sendiri, mengenai deria2nya yang meresapi perasaan tersebut. Deria yang utama ialah pandang, atau visual. Syaratnya
ialah mesti ada objek khas untuk dipandang dan dinilai.
Kita ambil contoh sebuah catan. Pertama, kita perhatikan warna2nya, malah
kita kira jumlah warna2 yang pelukis pakai: merah, biru, kuning, putih, hijau,
unggu. Kedua, kita perhatikan gambar apa yang pelukis lukis: orang atau rumah
atau binatang atau pemandangan. Ketiga,
kita agak apa yang pelukis hendak nyatakan kepada kita.
Bila kita melakukan ketiga2 perkara ini maka kita sudah
bertindak balas dengan catan itu. Kita
adalah pemerhati yang aktif, yang bertanya dan menyoal, tanpa jaminan adanya
jawapan. Malah, bila kita bertanya
pelukis itu sendiri, apa cerita yang hendak dia sampaikan dan memberi
penerangan maka itu adalah yang setengah.
Setengah yang lain itu, kita bekalkan kepada diri kita.
Satu lagi contoh:
Sebuah rumah yang terletak di tebing sebuah sungai, umpamanya, menuntut
syarat tambahan untuk membantu menghargainya sebagai sebuah karya seni. Pemerhati mesti berada di lokasi yang betul,
dengan jarak yang sesuai yang memungkinkan rumah itu dipandang secara menyeluruh. The best possible view.
The worse possible view ialah bila kita tidak dapat melihat
rumah itu secara menyeluruh disebabkan bangunan2 lain di sebelah, atau tembok
yang menghalang.
Setiap rumah mempunyai dua lokasi untuk kita nilai dia.
Lokasi yang menandakan rumah itu cantik yang kita pandang dari the best
possible view. Lokasi yang menandakan
rumah itu hodoh, yang kita pandang dari the worse possible view.
Bila catan kita nilai berdasarkan warna, imej, dan mesej
maka kita mengamalkan pendekatan formalisme.
Formalisme ialah fahaman bahawa karya seni itu lengkap sebagai karya
seni bila kita rungkai warna, imej dan mesejnya. Kita pandang apa yang ada di permukaan catan:
study what is on the surface of the canvas.
Bila kita kaji bangunan berdasarkan bentuk, saiz, warna,
bahan, dan pembahagian tingkap2 dan pintu2 maka kita mengamalkan pendekatan
yang formalis. Kita melihat apa yang ada
di surface banguan itu. Umpamanya, kita
pandang Petronas Twin Towers
dari lokasi yang memberi the best possible view. Dari mana sekali pun, kita biasanya dapat the
best possible view sebab PTT itu tinggi.
Bila menilai seni, kita biasanya memakai kedua2 pendekatan:
Formalisme dan Non-Formalisme, supaya karya seni atau bangunan yang kita nilai
itu mendapat huraian yang penuh dan lengkap.
Sebuah bangunan yang cantik mesti sesuai dengan fungsi yang
direncanakan untuknya. Bilik dapur,
umpamanya, adalah untuk aktiviti memasak; bukan untuk bermain badminton. Sebuah
muzium adalah tempat menyimpan karya2 lukisan yang dipamerkan. Fungsinya itu mesti berjalan dengan selesa,
memuaskan selera
Pelawat boleh berintekaksi dengan karya seni yang sedang
dipamerkan itu tanpa merosakkan suasana yang ada. Idea yang dipegang arkitek ialah form follows
function; bentuk ikut fungsi. Ini
bererti ruang pameran di dalam bangunan itu mestilah luas, dan mengalir, tidak
selalu tersekat oleh dinding atau tangga.
Funginya itu mesti berjalan dengan selesa, memuaskan
selera. Pelawat boleh berintekaksi
dengan karya seni yang sedang dipamerkan itu tanpa merosakkan suasana yang ada.
Idea yang dipegang arkitek ialah form follows function;
bentuk ikut fungsi. Ini bererti ruang
pameran di dalam bangunan itu mestilah luas, dan mengalir, tidak tersekat oleh
dinding atau tangga.
Estetik juga mengambil kira tentang keutuhan bahan, yakni,
mengekalkan sesuatu bahan itu, seperti batu-bata, terdedah dan tidak
diplaster. Ertinya jika warna kulit
sesuatu bangunan itu merah tua, yang semakin cantik bila usianya meningkat. Warna merah tua itu dikepung dengan garis
melintang yang panjang yang berisi simen.
Dan simen itu pula tidak dicat, mengekalkan warna kelabu kesimenan.
Dalam catan pula fenomina estetik itu juga berlaku bila
terjadinya kontas warna, yakni, gelap berlaga dengan terang, putih dengan
hitam. Lagaan ini menerbitkan pula warna
complimentary, atau warna penggenap.
Tugas warna penggenap mendapatkan kontras atau perbezaan yang paling
ketara, umpamanya antara hijau muda dan merah tua.
Jika merah dan hijau dicampurkan maka terhasillah warna
coklat yang neutral atau luntur. Dalam
estetik ada istilah warna panas dan warna sejuk, atau suhu warna. Dari warna merah yang panas ke warna biru
yang sejuk boleh terjadi taburan warna, kesan warna (effect), warna harmoni,
keamatan (intensity) warna, skema warna.
Gabungan warna2 tersebut itulah yang dapat dihayati oleh
mata pemerhati yang celik visual.
Pemerhati yang buta visual tidak dapat melihat perbezaan2 warna yang
halus ini; dia nampak hanya kelabu walaupun taburan warna itu ada kelompok
merah dan kelompok putih.
Ada
pelukis bermain dengan hanya satu warna seperti hijau bila dia melukis adegan
dalam hutan yang penuh dengan dedaun.
Dia mengadun warna supaya hijaunya itu berbeza dari satu kelompok ke
kelompok yang lain.
Dengan adanya taburan warna yang luas itu maka terhindar
dari persembahan warna yang hampir2 sama yang tidak menarik, berbanding dengan
taburan warna yang berkontras yang lebih menarik.
Estetik juga mengambira kira sesuatu bentuk itu sebagai
bentuk, seperti sebuah mangkok. Jika ia
berhias maka cantiklah ia; jika tidak berhias kurang cantik. Tetapi yang menentukan sesuatu bentuk itu
bernilai atau tidak bergantung kepada fungsinya, yakni, sebagai satu bekas
untuk bahan makanan atau minuman.
Aristotle (384 -322 B.C)
menunjangkan empat prinsip estetikanya. 1. Prinsip pertama bernama
Mimesis, yakni, meniru atau imitasi, baik dalam catan, puisi, lakonan, atau muzik. Untuk lukisan:
warna dan bentuk untuk merakam keserupaan.
Prinsip kedua bernama action/aksi badan untuk melakonkan
watak yang baik, atau watak yang jahat, baik dalam teater tragedi di mana hero
atau heroin mati, atau teater komedi di mana watak lawak mendapat peranan utama
secara kebetulan.
Prinsip ketiga ialah adanya jalinan naratif, urutan yang
bercerita dengan adegan permulaan, adegan pertengahan dan adegan terakhir.
Setiap persembahan mesti mempunyai plot, watak baik dan watak jahat, suasana
pertarungan, buah2 fikiran yang tersusun, suara mencerminkan watak.
Prinsip keempat diberi nama catharsis, yakni, pemerhati atau
penonton mengalami perasaan puas dan lega bila selesai menonton sebuah teater,
atau menikmati sebuah catan. Catan itu
boleh yang realistik, atau yang abstrak.
Untuk mendapatkan catharsis itu, Aristotle menyenaraikan 6
ciri: (a). balance/ keseimbangan (b) naturalness/kesambilan (c)
functional/kegunaan (d) centrality /kepemusatan (e) sequence/ kesinambungan (f)
orderliness/ketertiban/kesusunan.
Frank Lloyd Wright, “Kaufmann’s House”, 1939.
F.L. Wright, “Guggenheim
Museum”, 1956.
Interior of the above
Johan Marjonid, “Preservation Series”, 1995. Acrylic. 121 x
183 cm
“Bowl” made by Ibn al-Zain. H:10.3cm 1290
Hokusai, “36 Views of Mount Fuji”, Colored woodcut, 1830
Abdul Latiff Mohidin, “Pemandangan 111”, 1966. OOC, 79 x 130
cm
Tugasan: Sila baca
hlm 1 – 18, “Poetika” oleh Aristotle dalam buku Teori-teori Seni: Bacaan
Pilihan.
Tulis ringkasan bacaan sepanjang 2 muka surat, dan hantar minggu hadapan.
Minggu 4. Pengenalan Seni Kontemporari
Minggu
4
Pengenalan
Seni Kontemporari
- Definisi: Kontemporari ialah istilah Inggeris contemporary, yang bererti masakini, zaman sekarang, mutakhir. Dari segi jangka masa, kita panjangkan pengertian itu supaya menjangkau dua puluh lima tahun. Ertinya karya seni yang dicipta pada tahun ini, bulan ini, hari ini, dan juga karya seni yang dicipta sepanjang 25 tahun kebelakangan ini.
- Dunia Barat dan dunia Timur mempunyai pengertian kontemporari yang berbeza disebabkan oleh pengalaman sejarah yang berlainan. Dunia Barat mencatitkan pengalaman sejarah itu berdasarkan perubahan2 yang sememangnya berlaku sebelum itu.
- Contoh: sejarah seni Barat boleh dikategorikan period-period yang berurutan, dari zaman Renaissance (1300 – 1600); zaman Baroque dan Rococo (1600 – 1750); Neo Classicism/ Neo-Klasik dan Romanticism/ Romantisme (1750 – 1850 );
- Modern Art atau Zaman Modenisme bermula dengan gerakan bernama Realism / Realisme (1850 – sampai sekarang); Impressionism / Impresionisme (1875 – sampai sekarang), dan Post-Impressionism / Pasca Impresionisme (1880 sampai sekarang); Cubism/ Kubisme ( 1907 sampai sekarang ), Fauvism / Fauvisme (1905 – 1907 ); Futurisme/ Futurism ( 1909 – 1916); Dada / Dadaisme ( 1916 – 1921 ); German Expressionism / Ekspresionisme Jerman ( 1910 – 1930 ).
- Late Modernism atau Zaman Modenisme Lewat menyambung tradisi modernisme itu dengan gerakan American Abstract Expressionism / Ekspresionisme Amerika Abstrak/ The New York School ( 1940 – sampai sekarang ); Pop Art ( 1960 sampai sekarang ); Minimalism/ Minimalisme ( 1980 – 1970 ); Conceptual Art / Seni Konsepsual (1960 sampai sekarang ); Photorealism / Fotorealisme ( 1970 sampai sekarang )
- Bila kita kaji seni kontemporari, kita tanya tiga soalan: 1. Bila karya itu dibuat? 2. Apa bahan yang dipakai? 3. Karya mana yang mempengaruhi karya kita itu? Jawapan kepada tiga soalan itu boleh membantu kita menilai sama ada karya bertaraf kontemporari atau tidak.
- Ciri-ciri karya kontemporari. 1. Karya itu lain dari yang lain. 2. Bahan diolah mengikut secara tersendiri. 3. Karya gabungan multi-media: arca, catan, musik, performance, dalam komposisi tanpa struktur. 4. Karya merujuk kepada isu semasa dan setempat. 5. Karya menolak kaitan antara seni dan keindahan. 6. Karya bermain dengan paradoks dan ironi.
Minggu 2. Pendekatan Sejarah Seni: "Low Life"
Minggu
2.
Pendekatan
Sejarah Seni: “Low Life”.
Takrifan
“Low Life”.
1.
Seni
Low Life adalah hasil karya yang mencerminkan orang-orang yang susah. Mereka menduduki peringkat bawah dalam hiraki
masyarakat Eropah, terdiri daripada buruh, penganggur, pelacur, pencuri,
penyangak, penyamun, penipu, malah sesiapa saja yang dicurigai, dijauhi,
ditakuti, dipandang rendah, dihina, dipinggirkan.
2.
Sebagai
tema seni, gulongan ini mendapat perhatian pada permulaan abad ke 19 (1800 –
1899). Ketika itu ekonomi Eropah mula berkembang maju sebab banyaknya bahan
mentah murah yang dibawa masuk dari tanah-tanah jajahannya di Asia, Timur
Tengah, dan Afrika (Itali memiliki Libya; Perancis memiliki Vietnam; Inggeris
memiliki Tanah Melayu; Belanda memiliki Indonesia, Espaniol memiliki Filipina). Bahan2 mentah itulah menjadi pengisi kepada
revolusi industri di Eropah sejak tahun 1850.
Bahan2 itu diproses di dalam kilang menjadi produk seperti besi keluli,
kaca, kertas, perabot, ubat-ubatan, senjata, jentera, dll dan diexpot ke negara2
jajahan. Penjajahan menjamin kemewahan
Eropah.
3.
Masyarakat
Eropah yang sememangnya terbelah bagi oleh kelas atasan dan kelas menengah dan
kelas bawahan menjadi lebih pincang bila terjadinya perselisihan antara tuan
milik kilang dan pekerja2 di kilang tersebut, atas soal gaji dan kemudahan2
lain. Tidak ada undang2 yang melindungi
pekerja kanak2, atau pekerja2 sakit atau uzur.
Kerahan tenaga pekerja ini dipanggil ekspoitasi: yakni, penindasan ke
atas pekerja yang ditipu.
4.
Pada
pertengahan abad ke 19 itulah timbulnya gerakan seni yang bernama Naturalisme
atau Realisme. Kedua-dua istillah ini maknanya sama, tindih
menindih, tertumpu kepada figura manusia.
Maknanya ialah penggambaran keadaan orang-orang di sekitar pelukis yang
merakamkan tingkah laku mereka seperti adanya: kotor, busuk, hodoh,
menjijikkan. Fahaman Naturalisme dan
Realisme ini berterusan hingga k abad ke 20, malah sampai ke abad ke 21. Dalam ilmu politik, mereka tergolong ke dalam
kelas Proletarian.
5.
Seni
Low Life berbeza dari seni High Life.
High Life mencerminkan kehidupan masyarakat atasan yang kaya dan mewah
sehingga mereka dilukis seolah-olah tidak pernah bekerja: muka2 licin, jari2
halus, gemuk2, malas2, berfoya-foya, lembek.
Dalam ilmu politik, mereka tergolong ke dalam kelas Bourgeois (sebut:
bushwa).
6.
Pelukis2 yang melukis halbenda High Life: Jacque-Louis David ( sebut: Jark Lui David)
(1748-1825), Jean-Auguste Ingres ( sebut: Jo’ Ogusti Ingre (1781-1867). Stail lukisan mereka dikategorikan sebagai
Neo-Klasik, atau klasik baru. Bezanya
dengan stail klasik lama, yakni, lukisan2 Renaissance, ialah klasik baru menolak
tema agama dan memilih tema sekular atau hidup harian.
7.
Pelukis2
yang melukis halbenda Low Life: Jean
Francois Millet (sebut: Jo’ Fransuwa Mi-le (1814-1875), Honore Daumier (sebut: Onore
Do-mia) (1808-1879), Gustave Courbet (sebut: Gustaf Kurbe) 1819 – 1877), Edourd
Manet (sebut: Edwar Mane) (1832 – 1883), Claude Monet (sebut: Klod Mone) (1840
– 1926), Auguste Renoir (sebut: Ogusti Renuwar) (1841 – 1919), Kathy Kollwitz (sebut: Kati Kolwits )
(1867-1945), Andrew Wyeth (1917 – 2007)
8.
Bahan2
yang mereka pakai: cat minyak, etching
atau gurisan, yakni hasil cetak melalui proses menuris kepingan logam, disapu
dakwat, dan dicetak.
Monday, 20 August 2012
Ordinary Day
1
July 2012 – Sunday
1.
With
the house packed, I skipped the morning walk.
Even in our room I could hardly move because Jejen spread his blanket on
the floor.
2.
As
soon as the guests left at noon, I released the rooster, which rattled with
indignation, emerged from the cage, hit the railing, flipped around and then
flew above the orange tree in silence, on and on beneath the bomboo groves,
across the creek, and disappeared: a beautiful flight of freedom.
3.
Down
to the studio instead and work on the frames of the 2 paintings to be sent to Penang, to participate in a show at Chee Ling’s gallery. An
excellent opportunity for me to get dirty with paints again. Found just enough wooden strips to measure,
cut, nail, and paint (black) to the stretchers of 3 works: “The Paper Boats of
Temptation”, “The Blue Papaya” and “Meat Seller”. Framed, they look
professional. Temptation and Papaya
packed into Jejen’s car. He left at 4.
4.
Using
acrylic (thalo green plus ivory black) for the frames, I mixed a little too
much, which prompted me to a series of studies of the “Meat Seller” on paper.
5.
I
finally garner enough courage to admit that now there is closure to the death
of Tosay. I sketched him, again and
again. Then I pulled a small canvas out
and started an oil portrait of him. When
Tosay appeared in the “The Paper Boats of Temptation” he was alive.
Because of the smell
(turpentine), I glazed the “Couple” outside on the table in the workshop. The
stillness of the night conferred a dignity to this labor.
Subscribe to:
Posts (Atom)